Thursday, March 19, 2009

Akhirnya, BOLEH!

Chong Wei ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya daripada Hungary selepas mengadakan satu perlawanan pertunjukkan dengan pemain Denmark, Kenneth Jonassen.
Kemunculan pertama kali itu adalah selepas dia memenangi Terbuka Switzerland mengalahkan Lin Dan, 21-16, 21-16, mengakhiri kemarau kejayaan dalam lima pertemuan dengan pemain itu sebelum ini.
Sering kali kalah ketika berhadapan dengan Lin Dan, Datuk Lee Chong Wei semalam menafikan dia takut mahupun gerun apabila berhadapan dengan rentak cemerlang pemain dari China itu. Menurut Chong Wei, dia tidak takut kepada Lin Dan sebenarnya, tatapi dia mahu menang lagi pada pertandingan yang akan datang.

1 comment:

  1. sebenarnya dia takut juga, cuma bermati-matian berjuang akhirnya dapat....bagus jugalah..

    ReplyDelete